Aunty Bambam
Saturday, 13 April 2019
Thursday, 13 November 2014
KENCING KOTOR (U.T.I )
KENCING KOTOR U.T.I – (kencing
kurang lawas atau kencing sakit terasa ngilu)
Saluran kencing merupakan sistem penapisan
badan kita untuk membuang segala sisa cecair.
Air kencing bergerak dari buah pinggang melalui
tiub kecil yang dikenali sebagai ureter ke pundi
kencing, di mana air kencing itu disimpan. Air
kencing akan keluar dari badan kita melalui
saluran uretra.
Jangkitan saluran kencing (UTI) merupakan
keradangan saluran kencing. 80% daripada kes-
kes ini adalah disebabkan oleh kuman bakteria
Escherichia coli (E.Coli)
Bakteria ini boleh menyebabkan:
Jangkitan bahagian bawah
saluran kencing atau jangkitan
pada pundi kencing yang dikenali
sebagai sistitis.
Jangkitan yang lebih serius ialah
di bahagian atas saluran air
kencing atau jangkitan pada
buah pinggang yang dipanggil
pielonefritis.
Keradangan uretra atau uretritis.
Kaum wanita adalah lebih mudah mendapat UTI
kerana saluran uretra mereka lebih pendek dari
lelaki, menjadikan bakteria lebih mudah merebak
naik ke sistem saluran kencing. UTI jarang
berlaku di kalangan kaum lelaki.
Tanda dan Gejala
Kerap terasa hendak membuang
air kecil tetapi gagal untuk
mengeluarkan air kencing yang
banyak.
Terasa sakit dan pedih ketika
membuang air kecil.
Air kencing mengandungi darah,
berkabut atau berbau busuk.
Terasa tidak selesa di bahagian
bawah abdomen.
Terasa sakit ketika melakukan
hubungan seks.
Demam dan seram sejuk.
Komplikasi
Jika jangkitan ini tidak dirawat di peringkat
awalnya, ia boleh membawa kepada penyakit
pielonefritis, apabila bakteria merebak naik ke
buah pinggang.
Penyebab dan faktor-faktor penyumbang
Penyebab UTI yang paling lazim
di kalangan wanita adalah
disebabkan oleh tabiat mengelap
dari belakang ke depan selepas
membuang air besar. Perbuatan
yang demikian akan
menggalakan bakteria dari dudur
atau faraj memasuki uretra.
Hubungan seks juga merupakan
faktor yang boleh menyumbang
kepada UTI, kerana kawasan
kemaluan wanita disentuh
dengan tangan atau zakar yang
kotor.
Menggunakan kontraseptif
pembunuh sperma atau
spemasid.
Memasukkan tampon tanpa
membasuh tangan terlebih
dahulu.
Pengurusan sendiri
Mendapatkan nasihat anggota
kesihatan jika anda mensyaki
dijangkiti UTI.
Doktor perlu memeriksa kanak-
kanak yang menghidap UTI.
Jika anda terasa gejala-
gejalanya berlaku, minumlah
lebih banyak air supaya anda
dapat menyingkir keluar bakteria
dari pundi kencing melalui
pembuangan air kencing yang
kerap.
Elak dari mengambil alkohol,
kafein, makanan berempah yang
boleh mengganggu pundi
kencing.
Ambillah ubat antibiotik seperti
yang telah dinasihatkan oleh
doktor. Jika gejala masih
berterusan selepas 2-3 hari,
berjumpa doktor semula. (anda
perlu menghabiskan antibiotik
yang diberikan itu).
Larutkan 1 sudu teh baking soda
ke dalam air dan minum setiap 6
jam sekali untuk menawarkan
asid dalam air kencing serta
mengurangkan gangguan pada
pundi kencing.
Apakah yang boleh doktor lakukan untuk anda?
Ambil sampel air kencing dan
menjalankan ujian bakteria
(Catatan: Jangan mengambil
sebarang antibiotik sebelum
berjumpa doktor. Jika anda
berbuat demikian ia akan
menyukarkan diagnosis).
Mengecualikan anda dari
penyakit-penyakit lain yang
mempunyai gejala yang sama
seperti diabetes, batu karang,
penyakit kelamin dan lain-lain.
Memberi antibiotik tertentu.
Memeriksa sebab-sebab lain
terutamanya bagi pesakit lelaki.
Pencegahan
Meminum lebih banyak cecair;
sekurang-kurangnya lebih 10
gelas, sehingga air kencing
menjadi jernih.
Kepada mereka yang mudah
mendapati UTI berulangkali,
makanlah secawan dadih setiap
hari. Dadih mengandungi
lactobacillus acidophilus yang
dapat membentuk persekitaran
berasid dan mencegah
pembiakan bakteria yang tidak
diperlukan.
Buang air kecil jika terasa untuk
berbuat demikian. Menahan air
kencing dalam pundi kencing
mengalakkan pembiakan
bakteria.
Wanita perlu mengamalkan
kebersihan diri yang baik dengan
mengelap dari depan ke belakang
selepas ke tandas, untuk
mengurangkan bakteria merebak
dari kawasan dubur ke uretra.
Elak dari melakukan aktiviti-
aktiviti fisikal terlalu lama yang
boleh memburukkan UTI,
contohnya berbasikal,
menunggang kuda, menunggang
motosikal dan mengembara.
Memakai pakaian dalam yang
diperbuat dari kapas dan pakaian
hendakalah longgar. Elakkan
pakaian yang ketat dan stokin
nilon kerana ia menyerap haba
dan kelembapan.
Elakkan dari mandian berbuih,
sabun wangi, pencuci wanita,
deodoran, tampon dan napkin.
Buang air kecil sebelum dan
selepas melakukan hubungan
seks.
Mandi dengan air pancuran
bukan dari dalam kolam mandi.
Tukar tuala wanita dan tampon
dengan lebih kerap.
Maka waspada selalu..bakteria atau kuman
berada dimana-mana jika ada kesan kepada
kesihatan segeralah bertindak
Wednesday, 12 November 2014
Titan gym & fitness Gelang Patah
Jika mahu kekal sihat dan ingin turunkan kalori, apa kata kawan2 ikut kak long pg gym di taman nusantara nusajaya gelang patah. Harga sekali masuk hanya rm 5 sahaja.
Budak2 dlm gym ni semuanya peramah dan ajar kita mcmana nk start dr awal. Kak long yg comel ni hanya jogging jer sbb x tahan lasak.
Kalau nak bayar 3 bln hanya rm 180.. tp kak long ambik bayar sekali masuk je..
So siapa bran!! Dtglah sini ok..