Tuesday, 11 November 2014

Mee Udang Gelang Patah

Mee udang terbaik di gelang patah. Ianya terletak di pendas gelang patah. Berbagai menu disediakan. Harga pulak mmg berbaloi2.. harga dr rm 4 hingga rm 6 ringgit sahaja..

Saturday, 22 February 2014

Nasi Ayam Mak Chu

Sedia Menerima Tempahan


Nasi Ayam Mak Chu (RM 4.50) 

Untuk Tempahan:
Mak Chu 011-17684461
Hafeze  014-7735422

Monday, 14 October 2013

Wantan Mee Kicap ( Kakak Long World)

                Wantan Mee (kicap)



 WANTAN MEE (kicap)

1 peket mee wantan
(celur sebentar dan tos)
2 hiris halia

  BAHAN WANTAN
200gm isi ayam
2 ulas bawang merah
2 batang daun bawang
1 tsp lada sulah
secubit garam
secubit ajinomoto
1 tsp minyak bijan
1 tsp tepung jagung
kulit wantan secukupnya

  KICAP UNTUK MEE
4 tbsp kicap pekat
2 tbsp kicap cair
2 tbsp sos tiram
3 tbsp minyak bijan
2 ulas bawang putih
1 cawan stok ayam

  BAHAN PERAPAN AYAM
2 Tbsp sos tiram
3 tbsp kicap pekat
2 tbsp madu
sedikit lada sulah

  CARA PENYEDIAAN:-

1. Rebus ayam bersama halia sehingga masak. Air rebusan ayam di ambil satu cawan dan selebihnya jadikan sup.(masukkan bawang besar,garam dan lada sulah)

2. Perap ayam sebentar dengan bahan perapan. Goreng sebentar saja jika inginkan ayam yang moist.

3. Untuk kicap mee, tumbuk bawang putih dan tumis dengan sedikit minyak. Bila kekuningan, masukkan 1 cawan stok ayam tadi bersama bahan-bahan kicap mee yang lain kecuali minyak bijan. Tutup api bila menggelegak dan masukkan minyak bijan. Kacau rata.

4. Bila nak menghidang, tuang sedikit kicap mee pada mee wantan yang telah di celur tadi dan gaul ratakan. 



5. Cincang halus bahan-bahan bertanda* untuk membuat wantan. Satukan kesemua bahan membuat inti wantan. Gaul rata-rata. Untuk membentuk boleh di buat seperti dalam gambar untuk bentuk yang paling mudah...






Monday, 1 July 2013

Mee Hoon Dan Maggie Goreng Kampung yg senang dan cepat


Inilah Resepi Mee Hoon (mee siam) dan Maggie Goreng Kampung

1- 1 bungkus mee hoon direndam dgn air dan ditoskan
atau 3 meggie goreng yg telah dicelur dgn air dan ditoskan
2- 7-10 tangkai cili kering atau cili hidup
3- 3 bijik bawang putih
4- 1 bijik bawang besar yg sederhana
5- ikan bilis secekup dibasuh
6- 2 bijik telur
7- minyak masak
8- garam
9- ajinomoto ( nak xnk pun xper)
kalau nk tambah fishcake pun boleh

Cara-cara
tumbuk atau blend no 2345 td. dah tumbuk gorengkan dgn minyak dikuali smpi garing.masukan mee hoon atau maggie td.masukan sedikit air utk mee hoon sahaja. masukan garam ajinomoto dan gaulkan hingga rata. last masukan telur dan gaul2 lepastu sedia dihidangkan.

senang dimasak diwaktu pagi utk anak2 kesekolah. cepat dan mudah sahaja. selamat mencuba.



Lamb Chop Terbaik Di Restoran Singgah Selalu ( Makan jangan tak makan )


 
Kalau Datang ke johor bahru jgn lupa singgah makan western food di restoran singgah selalu. Lamb chop dia mmg terbaiklah.Lamb chop yg kakak long mkn bersama adik serta mak ni berada di U mall Pulai Utama dkt dgn Taman U Skudai jer.
Sesekali makan western kat luar xper kot.Tp bagi kakak long western food terutama lamb chop kat sini mmg terbaiklah.

Jom Pancing di Kolam Memancing Brother Sungai Danga (Dkt dgn Taman Perling Johor Bahru)

                   Kolam Memancing Brother 
                     (Tarik Jangan Tak Tarik)

Kalau nak memancing disekitar johor bahru jangan lupa datang ke kolam memancing    brother sungai danga berhampiran taman Perling.
Selalu jugak kolan ni buat pertandingan memancing. setipa minggu ada saja hadiah utk pemancing.Antara ikan yg pernah kami linat ialah ikan Siakap, Kerapu, Unga, Bawal dan berbagai lagi ikan disini. 
Dari 1kg hingga puluh kg yg pernah kami lihat. 
Kami bersama keluarga selalu meluangkan masa bersama anak-anak dan juga adik beradik disini. Kami siap berkelah ditepi kolam. 
Disini juga ada kedai makan yg boleh memasak tangkapan ikan anda.Masakan Ala thai juga ada disini. 
Kakak Long post gambar2 ketika suami serta adik ipar dan anak memancing dan hasil tangkapan ikan yg mereka dapat.


                        Kolam Yg luas

                                 Permandangan diwaktu malam

                 Hasil Yg berbaloi setelah 1 jam menunggu

 Inilah hasil2 dari adik ipar dan anak sedara, mereka johan malam tu.


 Happy betol hubby aku dengan siakap 6kg, Puashati dapat tarik td.

Apa Lagi tunggu!! Datanglah memancing bila ada kelapangan. Bawak sekali keluarga bersama-sama.Tarik Jangan Tak Tarik!!

Suami Tercintaku