Sunday 21 April 2013

Ayam Lemak Cili Api, Telur Sambal & Sayur Capcai



Ayam Lemak Ciliapi

*Ayam dipotong kecik
*kentang 3 biji
*2 bwg besar atau 10 bwg kecil dikisar
*20 biji cili padi dikisar
*1/2 ketul halia dikisar
*1 ketul kunyit hidup dikisar
*3 batang serai diketuk
*daun kunyit jika suka
*daun limau purut jika suka
*1-2 asam keping
*1 biji kelapa tepikan santan pekat / 1 kotak santan

- masukan bahan yg dikisar dan serai kedlm periuk.masukan ayam dan kentang kacau2 lepastu masukan santan cair, daun limau daun kunyit serta asam keping. bila dah masak siap utk dihidangkan.

Telur Sambal

*telur rebus 5-6 biji
*cili kering dikisar
*1 biji bwg besar dikisar
*2 biji bwg putih dikisar
*sedikit ikan bilis dikisar
*sedikit minyak
*sedikit gula

*sedikit garam dan perasa

- panaskan minyak masuk semua bahan kisar kacau hingga garing pastu masuk gula garam dan perasa. bila warna sambal dah pekat masukan telur rebus dan sedia dihidangkan.

Sayur Capcai 

*kobis bunga dicelur sekejap dgn air panas
*Brokoli dicelur sekejap dgn air panas

*lada belaga hijau dan merah
*Fishball dipotong2
*lobak merah dipotong panjang2
*3 biji bwg putih dicincang
*garam 
*perasa
*sedikit pati ayam

- panaskan minyak masukan bwh putih dicincang, bila garing masukan fishball kobis bunga, brokoli dan lobak merah serta pati ayam garam dan perasa. hampir masak bru masukan lada belaga. kacau2 sekejap dah boleh diangkat.



            SELAMAT MENCUBA!!


My Sassy Girl-Korean Movie(eng.sub)Full Movie

Hello Ghost 2010 (헬로우 고스트 ) (FULL MOVIE w/ English Vietnamese Indonesian...


Girl X Girl korean movie ENG SUB FULL

Nasi Planta Dengan Ayam Masak Merah


Nasi Planta
*beras 4 mangkuk sup
*air 6 mangkuk sup
*4 sudu planta
*1/2 ibu jari halia dihiris
*1 biji bwg besar dihiris
*daun pandan
*2 bunga lawang
*1 kayu manis

- masukan air 6 mangkuk kedlm beras yg telah dicuci. masuk jugak kesemua bahan2 ke dlm periuk nasi kacau2 bila nasi sedikit panas utk meratakan bahan dgn nasi td. biarkan nasi masak.
Ayam Masak Merah
*Ayam digoreng separuh masak bersama serbuk kunyit dan garam.
*sedikit cili kering di kisar

*3 biji bawang besar dikisar
*6 biji bawang putih dikisar
*3 batang serai dikisar
*1 ibu jari halia dikisar
*1 ibu jari lengkuas dikisar
*1 mangkuk sos tomato
*1/2 mangkuk sos cili
*4 sudu gula
*sedikit garam
*sedikit perasa (ajinomoto)
*minyak utk menumis
*sedikit daun sup dihiris

- panaskan minyak masukan kesemua bahan kisar ke dlm kuali. bila sedikit garing masukan sos tomato sos cili gula garam dan serbuk perasa. kacau2 lepastu masukan ayam. bila kuah dan ayam dah masak masukan daun sup yg dihiris td. kacau2 dan sedia dihidangkan..



              SELAMAT MENCUBA!!

Nasi Ayam Hainan



Ayam

*1 ekor Ayam Kampung atau Ayam jagung 
*Pati ayam
*Garam

- Ayam di rebus dalam periuk dgn air, garam dan sedikit pati ayam hingga menutupi ayam. Ataupun boleh juga di kukus ayam tadi. masak kira2 dalam 30minit.
Rendam ayam yg telah dimasak dgn air sebentar. Selepas itu toskan dan angkat.


Nasi Ayam

*Beras 4 mangkuk sup
*2 Sudu Pati ayam atau 6 mangkuk sup rebusan sup ayam
*1/2 ibu jari halia (ditumbuk)
*5 biji bawang putih (ditumbuk)
*3 sudu planta
*sedikit daun pandan utk wangi( nak xnk xpe)

- Sup ayam atau air masuk ke dlm beras yg telah dicuci. masukan pati ayam planta dan bwg putih serta halia. masukan sekali daun pandan jika suka. masak dlm periuk nasi kacau sedikit bila air nasi menjadi panas sbb utk meratakan bahan2 dlm nasi td.
jika mahu boleh masukan garam dan sedikit ajinomoto.

Sos Cili

*10 biji Cili merah
*1/2 mangkuk sup sos cili
*suku ank jari halia
*4 biji bawang putih
*1 sudugula
*sedikit garam
*sedikit perasa (ajinomoto)

- blend semua skali sehingga hancur dan sedia dihidangkan.

Sos Kicap

*2 biji Bawang putih
*3 sudu sos tiram
*2 sudu kicap pekat
*1 sudu pati ayam
*1 sudu gula
*sedikit garam
*sedikit ajinomoto
*sedikit minyak utk menumis bwg putih
*1 mangkuk sup air

- Cincang bwg putih hingga hancur. panaskan minyak utk menumis bwg putih td. setelah kuning bwg putih td msukan sos tiram kicap pekat pati ayam gula garam dn ajinomoto serta air. masak hingga sedikit pekat.bila dah pekat angkat.

Sup

*pati ayam
*halia (kisar)
*bwg besar(kisar)
*bwg putih (kisar)
*daun sup
*bwg goreng

- tumis bahan kisar hingga garing pastu masukn bahan td ke dlm sup. didihkan sup smbil masukan pati ayam garam dan sedikit ajinomoto. Hindangkn sup bersama daun sup dan bwg goreng.( masukn fishball jika suka)

Untuk hiasan

*timun
*tomato
*salad
*taugeh yg telah dicelur


               SELAMAT MENCUBA!!





Saturday 20 April 2013

Nasi Ayam Hainan


Ini adalah nasi ayam Hainan. Sedap rasanya sehingga tak dapat nak lupakan dan sehingga tambah selagi boleh. Hehehe. Macam melampau pula kan sampai tak boleh lupa tapi memang kenyataan pun. Jadi, rasalah dulu sebelum menilai. Sedap sangat. Huhuhuhu