Sunday 21 April 2013

Nasi Ayam Hainan



Ayam

*1 ekor Ayam Kampung atau Ayam jagung 
*Pati ayam
*Garam

- Ayam di rebus dalam periuk dgn air, garam dan sedikit pati ayam hingga menutupi ayam. Ataupun boleh juga di kukus ayam tadi. masak kira2 dalam 30minit.
Rendam ayam yg telah dimasak dgn air sebentar. Selepas itu toskan dan angkat.


Nasi Ayam

*Beras 4 mangkuk sup
*2 Sudu Pati ayam atau 6 mangkuk sup rebusan sup ayam
*1/2 ibu jari halia (ditumbuk)
*5 biji bawang putih (ditumbuk)
*3 sudu planta
*sedikit daun pandan utk wangi( nak xnk xpe)

- Sup ayam atau air masuk ke dlm beras yg telah dicuci. masukan pati ayam planta dan bwg putih serta halia. masukan sekali daun pandan jika suka. masak dlm periuk nasi kacau sedikit bila air nasi menjadi panas sbb utk meratakan bahan2 dlm nasi td.
jika mahu boleh masukan garam dan sedikit ajinomoto.

Sos Cili

*10 biji Cili merah
*1/2 mangkuk sup sos cili
*suku ank jari halia
*4 biji bawang putih
*1 sudugula
*sedikit garam
*sedikit perasa (ajinomoto)

- blend semua skali sehingga hancur dan sedia dihidangkan.

Sos Kicap

*2 biji Bawang putih
*3 sudu sos tiram
*2 sudu kicap pekat
*1 sudu pati ayam
*1 sudu gula
*sedikit garam
*sedikit ajinomoto
*sedikit minyak utk menumis bwg putih
*1 mangkuk sup air

- Cincang bwg putih hingga hancur. panaskan minyak utk menumis bwg putih td. setelah kuning bwg putih td msukan sos tiram kicap pekat pati ayam gula garam dn ajinomoto serta air. masak hingga sedikit pekat.bila dah pekat angkat.

Sup

*pati ayam
*halia (kisar)
*bwg besar(kisar)
*bwg putih (kisar)
*daun sup
*bwg goreng

- tumis bahan kisar hingga garing pastu masukn bahan td ke dlm sup. didihkan sup smbil masukan pati ayam garam dan sedikit ajinomoto. Hindangkn sup bersama daun sup dan bwg goreng.( masukn fishball jika suka)

Untuk hiasan

*timun
*tomato
*salad
*taugeh yg telah dicelur


               SELAMAT MENCUBA!!





No comments:

Post a Comment